NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilik butik pengantin tipu pelanggan ditahan


KUALA LUMPUR: Pemilik butik pengantin yang dikesan polis bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes penipuan pakej perkahwinan berjaya ditahan di Hentian Plaza Tol Bentong arah barat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata suspek berusia 28 tahun ditahan kira-kira jam 9.30 malam hasil maklumat diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

"Lelaki itu adalah suspek utama yang dicari polis berkaitan kes penipuan pakej perkahwinan di daerah Bentong dengan tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Suspek kini direman empat hari sehingga 1 November ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo