NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS rancang tanding lebih 60 kerusi Parlimen


MARANG, 22 Okt (Bernama)
-- PAS merancang untuk bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata angka itu masih belum dimuktamadkan memandangkan pihaknya masih lagi dalam peringkat rundingan bersama dengan komponen Perikatan Nasional (PN).

“Insya-Allah dapat bertanding lebih 60 kerusi, (bagaimanapun) masih lagi dalam perbincangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Markas Besar P037 Marang di Dewan Tok Guru, di Rusila dekat sini malam ini.

Beliau juga berkata setiap calon akan terlebih dahulu disaring oleh Majlis Syura Ulama bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk bertanding.

“Setiap calon yang dicadangkan oleh cawangan, oleh kawasan, nama-nama mereka dibawa ke Majlis Syura Ulama, dipanggil pesuruhjaya negeri (untuk) hadir sama, disebut satu-satu nama ini, bagaimana perangainya, sembahyang atau tidak, (dan) akhlaknya. Setiap orang calon ini diluluskan oleh Majlis Syura Ulama,” katanya.

 -- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo