NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakej Umrah Bakal Naik, Kejatuhan Ringgit Antara Penyebab


KUALA LUMPUR,
28 Oktober 2022 – Harga pakej meningkat mencecah sehingga RM1,000 mengikut pakej yang ditawarkan oleh pengendali umrah masing-masing disebabkan oleh penurunan kadar pertukaran ringgit berbanding riyal.

Presiden Persatuan Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA), Dr Fathir Badri Alhadad berkata, kenaikan kadar tukaran wang ini bukan sahaja melibatkan penambahan harga tiket penerbangan, malah harga penginapan dan kenderaan di Arab Saudi juga telah meningkat pada ketika ini.

“Kami menganggarkan ketidaktentuan ini akan berlarutan sehingga musim Ramadan nanti. Justeru, kami menyarankan agar semua jemaah untuk bersedia dengan kenaikan harga pakej yang di luar kawalan syarikat pengendali umrah,” ujarnya.

Ketika ini harga tukaran adalah sekitar 1.27 – 1.30 bagi 1 Saudi Riyal berbanding 1.10 -1.15 sebelumnya.

Selain itu, SAFTTA juga menghadapi masalah yang sangat kritikal disebabkan kekurangan ‘tempat duduk’ penerbangan.

Masalah bermula sejak akhir September 2022 lalu, namun lebih parah menjelang Disember ini apabila rata-rata bakal jemaah memilih Disember disebabkan cuti sekolah dan cuaca yang lebih sejuk di Arab Saudi.

Justeru, Dr Fathir memohon kepada kementerian yang berkenaan untuk segera menggerakkan agensi masing-masing bagi mengarahkan pihak penerbangan untuk menambah bilangan pesawat dan memudahkan prosedur dengan membenarkan penerbangan carter untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Langkah ini sangat penting agar tidak berlaku kekecohan apabila tibanya Disember nanti,” ujarnya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo