NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib tak layak bertanding kecuali dapat pengampunan



Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, melainkan dia mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Bekas presiden Badan Peguam, Salim Bashir, berkata penangguhan kehilangan kelayakan seseorang ahli parlimen mengikut Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai jika parlimen belum dibubarkan.

“(Ia) bukan untuk tujuan pencalonan, pelantikan atau pemilihan ke mana-mana dewan parlimen,” kata Salim kepada Malaysiakini.

Tambah Salim, hal itu dinyatakan secara jelas oleh perlembagaan melalui perkara 48(5).

Sekiranya seseorang itu mengemukakan pencalonan walaupun terdapat larangan perlembagaan, katanya, pegawai pengurus pilihan raya boleh menolak kertas tersebut mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981.

Bagaimanapun, Salim berkata, Najib boleh bertanding dalam pilihan raya jika mendapat pengampunan daripada Agong, juga melalui Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Salim itu dibuat selepas Umno Pekan mengesahkan mereka mengemukakan lima nama, termasuk Najib, untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi kerusi parlimen di situ pada PRU ke-15 yang dijangka ditetapkan tarikhnya tidak lama lagi.

Kerusi parlimen Pekan disandang Najib sehinggalah dia disabitkan bersalah atas pertuduhan jenayah oleh mahkamah dan dihukum penjara 12 tahun.

Walaupun Najib disabitkan bersalah, dia kekal sebagai ahli parlimen Pekan sehingga pembubaran parlimen pada 10 Okt ekoran permohonan pengampunan dirajanya yang dikemukakannya.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo