NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Muda telah terima keputusan, PSM dalam tempoh 24 jam' kata PKR


PH telah membuat keputusan berhubung kerjasama dengan Muda dan PSM pada PRU15, menurut Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Keputusan itu telah disampaikan kepada Muda dan akan disampaikan kepada PSM dalam tempoh 24 jam, katanya, yang bagaimanapun enggan mendedahkan perincian lanjut berkenaan keputusan tersebut.

"Semua telah diselesaikan dan mengkut perancangan kita akan memeterai secara rasmi dalam satu acara, untuk tandatangan persetujuan, pada Selasa ini.

"Keputusan diputuskan di peringkat PH dan telah disampaikan kepada Muda.

"Saya fikir ia dalam proses untuk dibincangkan dan disampaikan kepada PSM dalam 24 jam seterusnya," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Semalam, Rafizi berkata PKR masih dalam rundingan dengan Muda dan PSM berkaitan tiga kerusi yang ditandingi parti itu, iaitu Sungai Siput dn Tapah di Perak dan Sembrong di Johor.

Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj menjadi ahli Parlimen Sungai Siput selama dua penggal, iaitu pada 2008 hingga 2018. Ketika itu, dia bertanding di bawah tiket PKR.

Namun, ketika PRU lalu, dia bertanding menggunakan tiket PSM dan kalah dengan Kesavan Subramaniam dari PKR dalam pertembungan empat penjuru.

Terdahulu, sumber memberitahu Malaysiakini Jeyakumar mungkin akan diberi laluan untuk bertanding di Sungai Siput pada PRU15, sementara Kesavan akan diletakkan di DUN Hutan Melintang.

Ketika ditanya berkenaan Kesavan, Rafizi berkata dia tiada mandat untuk memberi penjelasan berkenaan perkara itu.

"...Namun pertimbangan kita telah mengambil kira rangka kerja rundingan.

"Ada parameter yang menjadi asas kepada rundingan, bukan saja dengan Muda dan PSM tetapi juga di peringkat dalaman.

"Jika tidak ia akan jadi tak tentu hala, kita tak akan dapat memuktamadkan semua perkara," katanya lagi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo