NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masih wujud kerjasama UMNO/BN - BERSATU? Kenapa tuntut?


BN tuntut semula Parlimen Tasek Gelugor, kata Ismail

TASEK GELUGOR: Barisan Nasional (BN) akan menuntut semula kerusi Parlimen Tasek Gelugor yang “dirampas” daripada gabungan itu, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Parlimen Tasek Gelugor adalah kubu kuat BN, dimenangi oleh calonnya Shabudin Yahaya daripada Umno. Bagaimanapun, beliau berpaling tadah dan menyertai Bersatu pada 2019.

“Saya datang ke Tasek Gelugor bukan kerana saya tidak sayangkan kerusi Parlimen lain. Saya datang kerana kerusi ini kerusi kita (BN), dan ia dirompak daripada kita,” katanya dalam majlis di sini.

“Sebab itu saya mahu pastikan kerusi ini kembali kepada kita (BN) pada PRU15.

“Dan melihat kepada orang ramai di sini, saya yakin Tasek Gelugor akan berada dalam genggaman kita pada PRU15.”







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo