KUALA LUMPUR: Malaysia adalah antara 10 negara di dunia yang dijangka mencatatkan peningkatan gaji benar pada tahun depan, demikian mengikut laporan terkini perunding tenaga kerja, ECA International (ECA).
Mengikut laporan Laporan Trend Gaji terkini ECA itu, Malaysia dijangka mencatatkan peningkatan gaji benar sebanyak 2.2 peratus pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.
Perkiraan gaji benar itu adalah berdasarkan pertumbuhan gaji nominal ditolak dengan kadar inflasi.
Antara 10 negara yang dijangka mencatatkan kadar gaji benar yang tinggi pada 2023 adalah
1. India (4.6 peratus)
2. Vietnam (4.0 peratus)
3. China (3.8 peratus)
4. Brazil (3.4 peratus)
5. Arab Saudi (2.3 peratus)
6. Kemboja (2.2 peratus),
7. Malaysia (2.2 peratus)
8. Thailand (2.2 peratus)
9. Oman (2.0 peratus)
10. Russia (1.9 peratus).
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi dan kelima tertinggi di Asia Pasifik.
Pengarah Serantau - Asia ECA, Lee Quane dalam satu kenyataan berkata, secara keseluruhan, pekerja di banyak lokasi ASEAN akan melihat pertumbuhan gaji benar pada 2022 dan 2023.
Beliau berkata, pekerja yang berpangkalan di Vietnam mendapat manfaat mempunyai kadar pertumbuhan gaji benar kedua tertinggi tahun ini di rantau ini dan dijangka mencatatkan sekali lagi pada 2023.
"Pekerja di lokasi lain, seperti Malaysia dan Indonesia, juga akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan yang kukuh gaji benar dalam kedua-dua tahun," katanya.
Laporan trend pendapatan tahunan yang dikeluarkan ECA itu menganalisis kenaikan gaji semasa dan gaji jangkaan di 68 negara dan bandar di seluruh dunia.
ECA ialah penyedia maklumat, perisian dan kepakaran terkemuka dunia untuk pengurusan dan penugasan pekerja di seluruh dunia.
Sumber I BH Online
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment