NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Letak calon Melayu sekadar taktik DAP raih undi - Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid menyantuni tetamu Himpunan Anggota Kumpulan Pelaksana dan Pesara Kumpulan Pelaksana Pendidikan Padang Terap di Masjid Sultan Sallehuddin di Pulau Kijang, Kuala Nerang. - NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

KUALA NERANG: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa tindakan DAP meletakkan ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bertujuan menunjukkan bahawa parti itu majmuk, namun hakikatnya calon terbabit sekadar boneka.

Beliau juga melihat tindakan itu sebagai sebahagian taktik DAP dalam usaha meraih undi, terutama daripada masyarakat Melayu.

"Saya fikir tindakan itu adalah sebahagian taktik untuk menunjukkan DAP kononnya parti berbilang kaum. sedangkan kita semua tahu bahawa keputusan dalam parti itu, dibuat sekumpulan individu tertentu saja.

"Kemudian mereka jadikan calon Melayu sebagai boneka untuk menampakkan bahawa DAP adalah parti majmuk," katanya yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Mahdzir ditemui pemberita selepas Merasmikan Himpunan Anggota Kumpulan Pelaksana dan Pesara Kumpulan Pelaksana Pendidikan Padang Terap di Masjid Sultan Sallehuddin, Pulau Kijang, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Pakatan Harapan (PH) memecah tradisi di negeri ini apabila DAP bakal meletakkan calon di Parlimen Jerai yang mempunyai majoriti pengundi Melayu pada PRU15. 

Pada majlis pengumuman malam tadi, Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff dinamakan sebagai calon PH bagi kerusi itu yang ketika ini disandang Ahli Parlimen PAS, Sabri Azit.

Nama-nama lain adalah Young Syefura Othman di kerusi Parlimen Bentong, Pahang; Syahredzan Johan di Bangi, Selangor; Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Lipis, Pahang dan Sheikh Umar Bagharib Ali di Ayer Hitam, Johor.

Mahdzir yakin DAP sebenarnya tahu ada antara calon yang ditampilkan mereka itu tidak mempunyai potensi untuk mencapai kemenangan.

"Kita tahu mereka ini tak boleh menang, tetapi DAP saja letak sebagai calon kerana apabila ada yang bercakap mengenai calon Melayu, mereka boleh tunjuk bahawa mereka juga ada peratusan calon Melayu lebih tinggi pada PRU15 kali ini.

"Maka, mereka boleh kata kepada umum bahawa parti itu memang sudah meletakkan orang Melayu sebagai calon, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana calon itu kalah. 

"Namun, rakyat sekarang sudah bijak membuat penilaian. Dalam keadaan pelbagai kaum hidup secara bersederhana, DAP sendiri sudah dicop dalam minda sebagai kumpulan agak ekstrem," katanya.


Sumber I BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo