NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes penculikan warga Palestin: Jangan timbulkan spekulasi - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menggesa supaya mana-mana pihak jangan menimbulkan sebarang spekulasi berhubung insiden penculikan seorang warga Palestin di ibu negara, baru-baru ini, kerana ia boleh mengganggu siasatan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata 11 individu sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat lalu, atas pertuduhan menculik lelaki itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan dan menunggu proses sebutan semula kes pada 15 Disember depan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menegaskan, orang ramai diminta tidak menimbulkan spekulasi berhubung kes itu sehingga mengganggu siasatan serta mengelirukan masyarakat.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo