NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kembalikan UPSR sebagai ujian pencapaian murid


BANGI, 22 Rabiulawal 1444H, Rabu
– Kementerian Pendidikan (KPM) wajar memandang serius pandangan orang ramai mengenai cadangan mengembalikan semula peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pensyarah Pusat Kajian dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad mendakwa, berdasarkan input ramai guru, jelas Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tidak mampu dilaksanakan secara berkesan.

Ia berpunca daripada bilangan murid terlalu ramai dalam kelas, silibus yang terlalu padan dan ‘exam mindset’ yang tidak menyokong kepada pelaksanaan PBD.

“Sebaiknya KPM segera kembalikan UPSR sebagai ujian pencapaian murid tanpa perlu bandingkan antara sekolah,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.

Beberapa hari lalu, warganet tertumpu kepada kes Cikgu Fadli Salleh yang juga guru Matematik Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, selepas beliau berkongsi dua surat tindakan tatatertib daripada KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Cikgu Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan isu membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Bagaimanapun selepas mendapat bantahan ramai, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan semalam memutuskan Cikgu Fadli tidak bersalah susulan pendedahannya itu

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo