NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jangan ugut parti jika tak dicalon' kata Peja


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak Ahmad Faizal Azumu memberi amaran keras kepada pemimpin dan ahli PN agar tidak mengugut gabungan itu sekiranya mereka tidak dicalonkan bertanding pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Faizal mengingatkan rakan-rakan gabungannya bahawa terpulang kepada gabungan itu untuk menentukan siapa yang akan diletakkan sebagai calon dan ahli perlu mematuhinya.

Ini selepas penyandang kerusi parlimen PAS Bagan Serai Noor Azmi Ghazali (gambar, bawah) membayangkan akan bertanding sebagai calon bebas jika tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi parlimen itu.

Sementara itu, spekulasi bertiup kencang mengenai kemungkinan naib presiden Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen akan keluar parti selepas dikatakan tidak akan bertanding di kerusi parlimen Tangga Batu dalam pilihan raya negara, walaupun pengumuman rasmi oleh PN belum dibuat.

"Tak nak beri ulasan, siapa yang bertanding di Bagan Serai. Namun saya percaya kalau Datuk Dr Azmi faham kita perlu ikut keputusan parti, beliau juga faham siapa yang jadi calon perlu kita sokong dan dapat kejayaan untuk calon yang diketengahkan.

"Mana-mana ahli parti tak patut buat ugutan kepada parti.

“Ada pemimpin yang sanggup meninggalkan parti dan jadi calon bebas. Jelas dia perjuang untuk diri sendiri, dan bukan parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah di Pusat Belia Perak pagi tadi.

Dia turut menasihatkan Rafiq (gambar, bawah), yang dijadual mengadakan sidang media hari ini, supaya kekal istiqamah bersama parti dan PN.

"Saya tak dapat buat spekulasi. Malam semalam, saya nampak Whatsapp group, beliau akan jelaskan jelaskan dalam Whatsapp group, taat dan setia kepada mujhyiddin selaku presiden Bersatu.

"Spekulasi cakap dia nak keluar Bersatu tak dapat saya pastikan," katanya.

Semalam, PAS Melaka mengesahkan parti itu akan bertanding di kerusi tersebut serta kawasan parlimen Jasin.

Timbalan pengerusi PN Bahagian Jasin Kamarudin Sidek berkata keputusan itu telah dimuktamadkan pada mesyuarat majlis presiden gabungan itu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin pada Khamis.

Dalam berita berkaitan, Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu berkata pembahagian kerusi dalam PN telah dimuktamadkan dan sebarang keputusan atau perubahan mesti dibuat oleh presiden parti komponennya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo