NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri: Kalau saya serius 12 menteri PN sudah kena pecat


Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob hanya berseloroh apabila berkata dia sepatutnya memecat kesemua 12 menteri kabinet daripada Perikatan Nasional (PN) yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang membantah pembubaran Parlimen.

“Kalau saya serius dia (menteri-menteri PN) sudah kena pecat dah, tapi dia (mereka) masih ada dalam kabinet.

“Saya tak pecat itu maksudnya saya berselorohlah,” katanya, seperti dilaporkan Utusan Malaysia Online hari ini.

Dia mengulas bidasan Abdul Latiff Ahmad, anggota kabinet sementara yang dilantik Ismail Sabri pada 2021 sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).

Abdul Latiff, dari Bersatu, awal hari ini berkata belum terlambat untuk Ismail Sabri memecatnya susulan kenyataan perdana menteri bahawa dia sepatutnya memecat 12 anggota kabinet PN tersebut.

“Kami masih lagi anggota kabinet 'caretaker'. Masih belum terlambat untuk dipecat. Mungkin YAB PM9 (Ismail Sabri) boleh mencipta sejarah dengan memecat anggota kabinet dalam masa injury time, katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri menyalahkan 12 menteri berkenaan berhubung keputusannya untuk membubarkan Parlimen di sebalik cadangan berulang kali daripada beberapa agensi kerajaan supaya ia ditangguhkan sehingga musim tengkujuh berakhir.

Ismail Sabri mendakwa bahawa kedudukannya tidak dapat dipertahankan selepas 12 menteri itu memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo