NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Individu rentung disahkan lelaki warga emas

Mangsa ditemui rentung di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi Jumaat. - Foto Sinar Harian

KLANG: Individu yang ditemui rentung di dalam sebuah kereta terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi Jumaat merupakan seorang lelaki warga emas.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal dijalankan mendapati mangsa berumur lingkungan 70-an.
"Mangsa dipercayai terbakar hampir 70 peratus di bahagian badannya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Setakat ini pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan satu kertas siasatan dibuka untuk memastikan punca kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, seorang individu ditemui rentung di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini. - Sinar Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo