NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanipa digugurkan, Amanah Sepang tak setuju


Akar umbi Amanah di Sepang dikatakan tidak berpuas hati dengan rancangan menggugurkan penyandang ahli parlimen Hanipa Maidin daripada bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 (PRU15).

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber parti itu, yang rapat dengan keputusan yang diambil pada mesyuarat tertutup untuk memutuskan pencalonan parti pada PRU15 yang diadakan semalam.

“Hanipa telah diketepikan daripada pencalonan PRU15. Malah sebahagian daripada mereka (penyokong Hanipa) menitiskan air mata selepas berbincang dan berunding panjang. Perang habis.

“Termasuk (presiden parti) Mat (Mohamad) Sabu menangis. Orang yang bertanggungjawab untuk menyusun nama (pencalonan) ialah Salahuddin Ayub dan Asmuni Awi,” kata sumber itu kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Menurut sumber itu lagi, senarai calon itu dijangka dimuktamadkan hari ini, dan akan menyaksikan beberapa muka baru diturunkan untuk PRU15.

Terdahulu, jawatankuasa pemilihan Amanah dikatakan menggugurkan Hanipa daripada bertanding PRU15 atas faktor kesihatan, dan Hanipa dikatakan menerima keputusan itu.

Untuk rekod, Hanipa, yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Sepang pada PRU 2013, rebah semasa persidangan Dewan Rakyat pada 2016 dan menjalani pembedahan untuk pendarahan otak.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo