NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enggan Asingkan Arak, PKD Jasin Kompaun Kedai Serbaneka Terkenal


JASIN, 17 Oktober 2022
– Kerana enggan mengasingkan kedudukan mininuman keras dengan minuman lain, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin hari ini dikatakan telah mengambil tindakan dengan memberikan kompaun terhadap sebuah kedai serbaneka, 99 Speedmart Nyalas, Jasin di Melaka.

Syed Mohd Aizuddin Al-Qassam, Timbalan Pengerusi NGO Komuniti Teknikal Islam Malaysia (KOMTECH) dalam laman Facebooknya berkata, sebelum ini beliau bersama penduduk telah membuat teguran dan meminta untuk mengasingkan arak namun tidak dihiraukan.

Kongsi beliau, hal ini kerana terdapat kes di mana kanak-kanak mengambail minuman keras tersebut bersama makanan lain kerana disangkakan air biasa.

Beliau yang tegas tidak mahu situasi ini berulang berkata, Unit Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan dikatakan akan memantau tiga perkara berkaitan arak ini seperti keperluan pamer penandaan (signage), pengasingan, dan pelabelan.

“Sekiranya tidak patuh, unit ini boleh ambil tindakan. Sekiranya tuan/puan ada masalah yang sama di komuniti, terus buat laporan kepada PKD kawasan masing-masing. Maklumat tuan/puan akan dirahsiakan,” katanya lagi.

Sebelum ini, samudera.my turut melaporkan kenyataan Syed Mohd Aizuddin mengenai aktiviti penjualan arak perlu mendapatkan persetujuan daripada komuniti setempat.

“Kedai yang nak jual arak, syaratnya kena iklankan di akhbar seperti ini. Jika tiada bantahan dalam tempoh 2 minggu, maknanya orang ramai telah bersetuju kerana tiada bantahan,” ujarnya yang turut menyertakan lampiran keratan akhbar, yang mewar-warkan notis permohonan seorang peniaga yang memohon lesen untuk menjual arak borong.

Notis tersebut jelas menggesa wakil komuniti setempat yang membantah atau tidak bersetuju dengan permohonan lesen arak tersebut atas alasan gejala sosial dan sebagainya untuk tampil menyatakan bantahan.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo