NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Dua lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam surau adalah adik-beradik' - Polis


KUALA LANGAT:
Dua lelaki yang didakwa membuat perlakuan sumbang dalam sebuah surau di Banting yang tular baru-baru ini adalah adik-beradik.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kedua beradik berusia 21 dan 14 tahun itu tinggal di Seremban, Negeri Sembilan.

"Dua individu itu datang ke Banting bersama ibu bapa serta seorang adik perempuan untuk bercuti dan makan di sebuah restoran di pekan Banting.

"Sekitar jam 4.30 petang pada Selasa lalu, keluarga itu singgah di sebuah surau di pekan Banting untuk menunaikan solat dan selepas selesai solat, dua beradik berkenaan bergurau dalam surau terbabit tanpa disedari perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan ibu bapa mereka, dua beradik itu mempunyai hubungan yang rapat dan selalu bergurau.

Katanya, salah seorang daripada mereka iaitu abang bergurau dengan adiknya serta membetulkan seluarnya dan tiada sebarang niat untuk berkelakuan tidak senonoh di dalam surau itu.

"Keterangan kedua-dua pelaku dan ibu bapa mereka sudah diambil dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, polis daerah Kuala Langat menerima laporan daripada pihak surau berhubung kejadian itu.

Ahmad Ridhwan dilaporkan berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 49 saat yang dimuatnaik di media sosial memaparkan dua lelaki tempatan didakwa membuat kelakuan yang tidak senonoh dalam surau.

"Pada jam 9.07 malam pada Rabu lalu polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun iaitu bilal surau memaklumkan melihat CCTV memaparkan dua lelaki tempatan melakukan aksi itu," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo