NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Kes harian cecah 3,300 jangkitan, 1 lagi terkorban

3,296 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,893,733 kes.

Sebanyak 1,960 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,827,21.

Ketika ini, 30,055 kes aktif direkodkan di mana 28,721 atau 95.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,276 (4.2%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 58 kes dan 35 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,463 orang.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo