NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BERJASA ikrar tolak budaya politik wang


BANGI, 18 Rabiulawal 1444H, Sabtu
– BERJASA berikrar untuk tidak sesekali mengamalkan budaya politik wang bagi meraih perhatian pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Rosli Ramli mendakwa, menjelang PRU15 dapat dilihat lambakan pemberian ‘gula-gula’ di kalangan ahli politik demi memancing undi.

“Adakah budaya kotor ini akan terus diamalkan selamanya?

“Budaya ini tidak akan sama sekali diamalkan oleh BERJASA yang teguh dengan prinsip menolak politik wang. Suara dan fikiran BERJASA juga tidak pernah terikat oleh mana-mana taikun berkepentingan,” tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga hari ini sudah banyak kementerian dan agensi yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk membantu bangsa Melayu.

Bagaimanapun, isu pokok tidak dipandang serius adalah berkaitan penyelarasan kementerian dan agensi yang terlibat untuk mengurus golongan sasar.

Lebih dikesalkan, parti yang melaung slogan Melayu dari dahulu sehingga sekarang pun masih menjadikan bangsa Melayu sebagai golongan majoriti B40.

“Disebabkan itulah wujudnya budaya politik wang di kalangan ahli politik yang semakin kronik.

“Contoh yang boleh dilihat, ada Ahli Parlimen kawasan luar bandar yang hidup terlalu mewah, manakala rakyat di Parlimen tersebut hanya mampu bergantung kepada sumber (asas) tani dan getah,” dakwanya.

Justeru katanya, rakyat memerlukan pemimpin yang mempunyai visi jelas untuk membangun agama, bangsa dan negara ini.

“Beri peluang pada muka baru untuk menerajui negara. Jangan biarkan budaya ini terus meragut masa depan anak bangsa. Hanya muka baru yang mampu menggerakkan idea baharu,” katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo