NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar sanggup potong gaji, elaun kalau terpilih jadi PM


IPOH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk dipotong gaji dan elaun Perdana Menteri sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, perkara itu merupakan tindakan pertama yang akan dilakukan sebaik diumum sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurutnya, pengurangan dan pemotongan gaji juga akan dilakukan ke atas semua ahli kabinet kalangan menteri.

"Ini kesediaan saya dan tidak mustahil kerana yakin kesedaran rakyat. Kalau mahu Anwar jadi Perdana Menteri, kabinet mesti dikurangkan, gaji Perdana Menteri dan menteri mesti dikurangkan kerana kita mesti kemukakan contoh yang baik.

"Biar saya beri jaminan. Jika 20 hari bulan (November) nanti saya dinobatkan sebagai Perdana Menteri, pertama saya lakukan adalah potong gaji dan elaun Perdana Menteri.

"Saya nak beritahu, kalau ekonomi sekarang, saya tak sanggup ambil gaji sekarang. Kita harus kemuka barisan pimpinan yang kasih kepada rakyat dan baru rakyat kasih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Harapan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Ipoh pada malam Khamis.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo