NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amaran hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang membabitkan hampir di seluruh negara hingga jam 6 petang. - Foto METMalaysia


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang membabitkan kawasan hampir seluruh negara hingga jam 6 petang ini. 

METMalaysia dalam kenyataan di Telegram memaklumkan, amaran dikeluarkan pada 2:40 petang meramalkan hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Kedah membabitkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak ialah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. 

"Selain itu, amaran dikeluarkan bagi negeri Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang pula, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin. 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo