NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong berkenan rasmi sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022

Seri Paduka diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah sempena HASN. - Bernama

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Seri Paduka diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan kepimpinan kerajaan negeri, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah.
HASN yang disambut setiap 21 Oktober setiap tahun mengekalkan tema 'Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama' dengan tambahan slogan 'Menyantuni Alam Sekitar dan Keluarga Malaysia'.
Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam kenyataan menyeru rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menjadi 'mata dan telinga' bagi membantu membanteras kegiatan yang merosakkan alam sekitar.
Penyertaan masyarakat menerusi aktiviti pemeliharaan alam seperti penanam pokok, gotong-royong berkaitan alam sekitar, mengurangkan penggunaan plastik sekali guna selain program pendidikan seperti membudayakan gaya hidup lestari amat digalakkan.
Sempena HASN juga, pelbagai aktiviti telah dianjurkan antaranya pertandingan mewarna dan reka cipta bahan kitar semula, pengumpulan buangan kitar semula, Kempen Hindari Plastik Sekali Guna, pelancaran buku Islam dan Alam Sekitar serta penyampaian Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan 2020/2022.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo