NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

200 kerusi disedia, hanya 50 hadir perhimpunan pra-Deepavali PH


JOHOR BAHRU:
Perhimpunan pra-Deepavali Pakatan Harapan (PH) dianjurkan DAP hari ini dilihat gagal mendapat sambutan walaupun penceramahnya bersemangat melaungkan pelbagai dakwaan.

Program itu berlangsung 2 petang, lewat 40 minit yang menunjukkan tanda awal pengundi kurang bersemangat menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PH mengecam pembubaran Parlimen pada 10 Okt lalu dengan alasan kerajaan tidak mengendahkan keselamatan rakyat dan tidak mengambil kira musim tengkujuh yang semakin hampir.

Di sebalik putar belitnya, PH mengerah tenaganya berkempen untuk pilihan raya, tetapi sama ada rakyat akan termakan dengan naratif dimainkan mereka sukar dipastikan kerana isu seperti 1MDB tidak lagi sehangat dulu.

Sebanyak 200 kerusi disediakan di Dewan Kelab Kebudayaan dan Sukan Johor namun apabila perhimpunan itu bermula, hanya 50 orang hadir

Walaupun jumlahnya semakin bertambah selepas itu, namun ia sangat kecil dan tidak kelihatan rasa semangat sehingga pengacara majlis terpaksa memberi isyarat kepada hadirin untuk memberi tepukan.

Penceramah terdiri Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan empat daripada DAP iaitu pakar strateginya Liew Chin Tong, Naib Pengerusi M Kula Segaran, Kasthuri Patto dan M Kannan cuba menghidupkan suasana hambar dengan membuat dakwaan tidak masuk akal.

Kula serta Liew mendakwa kemenangan Umno-BN pada PRU15 akan menyaksikan Ahmad Zahid Hamidi yang dibebani pelbagai tuduhan rasuah diangkat sebagai perdana menteri. Namun, Zahid dibebaskan daripada beberapa pertuduhan.

Dakwaan mereka dibuat walaupun ada tanggapan meluas bahawa satu-satunya sebab Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen adalah jaminan yang diterima daripada Zahid bahawa beliau akan kekal sebagai PM sekiranya Umno-BN menang.

Kula memberi persepsi itu dengan mengambil contoh pilihan raya negeri Johor pada Mac, Umno telah mengangkat Hasni Mohammad sebagai calon menteri besar tetapi akhirnya Onn Hafiz Ghazi dilantik ke jawatan itu.

Semua orang kecuali DAP, tahu bahawa Hasni tidak menjadi menteri besar kerana pihak istana mahukan orang lain.

Tanpa disedari DAP seolah-olah mengesahkan dakwaan parti itu anti-diraja, dengan menegaskan bahawa Umno akan melakukan penipuan serupa di peringkat persekutuan selepas PRU15.

Salahuddin pula meramalkan 20 tahun bencana untuk Malaysia sekiranya Umno-BN menang manakala Liew membangkitkan kemenangan PH akan membolehkan gabungan itu memulihkan negara yang rosak dalam 10 tahun sahaja.

Salahuddin dan Liew bertolak awal untuk menghadiri majlis di Muar, meninggalkan Kula dan Kasthuri untuk meneruskan retorik.

Tetapi jelas PH menyimpang daripada naratifnya mengenai eksploitasi sumber negara selama berdekad-dekad Umno-BN untuk memperkayakan segelintir kumpulan.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo