NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CyberSecurity Malaysia, MX Global kaji langkah keselamatan mata wang kripto, aset digital

Kedua-dua pihak akan membangunkan kawasan yang dikenal pasti oleh Jabatan Mata Wang Kripto CyberSecurity Malaysia, yang memfokuskan pada teknologi blockchain.

CYBERJAYA: CyberSecurity Malaysia memeterai perjanjian dengan MX Global Sdn Bhd bagi mengkaji langkah keselamatan yang diperlukan dalam mata wang kripto dan pertukaran aset digital (DAX).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CyberSecurity Malaysia Datuk Amirudin Abdul Wahab berkata memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak hari ini untuk mewujudkan rangka kerja umum bagi kerjasama dalam bidang teknologi di sebalik mata wang kripto dan DAX.
Ini termasuk kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, aktiviti pembangunan penyelesaian bersama dan menjalankan latihan serta program kesedaran yang berkaitan dengan keselamatan siber, mata wang kripto dan DAX di Malaysia, katanya.
"Minat dalam mata wang kripto berkembang dan pendedahan yang berleluasa mengenainya mengakibatkan peningkatan serangan penjenayah siber ke atas pelbagai pertukaran mata wang kripto," kata Amirudin, yang menandatangani MoU bagi pihak CyberSecurity Malaysia, manakala MX Global diwakili oleh CEOnya, Datuk Fadzli Shah Anuar.
MX Global ialah syarikat teknologi kewangan yang berpangkalan di Kuala Lumpur dengan misi untuk mencipta platform dagangan mata wang kripto yang sangat mudah diakses dan selamat yang membolehkan pedagang, pengguna dan peniaga berurus niaga mata wang kripto.
Ia salah satu daripada Pengendali Pasaran yang Diiktiraf-Bursa Aset Digital yang telah diberikan kelulusan penuh oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Amiruddin berkata MoU itu sah selama dua tahun dan dalam tempoh itu, kedua-dua pihak akan membangunkan kawasan yang dikenal pasti oleh Jabatan Mata Wang Kripto CyberSecurity Malaysia, yang memfokuskan pada teknologi blockchain.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo