NOTIS:

Belum ada lagi....

Seorang lagi komander kanan JIP terkorban dalam serangan udara Israel di Palestin

0

IDF melancarkan operasi yang digelar Breaking Dawn terhadap gerakan Jihad Islam Palestin di Semenanjung Gaza pada Jumaat. - Gambar fail/ AP

MOSCOW: Komander Kanan Jihad Islam Palestin (JIP) Khaled Mansour disahkan terkorban dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, menurut sayap kumpulan bersenjata, Briged Al-Quds pada Ahad.
Sebelum ini, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan bahawa seorang komander kanan Jihad Islam di utara Gaza, Tayseer Jabari, terkorban dalam serangan udara Israel pada Jumaat.
Mansour, terkorban dalam serangan udara Israel yang mensasarkan bandar Rafah pada malam Sabtu, lapor Sputnik.
IDF melancarkan operasi yang digelar Breaking Dawn terhadap gerakan Jihad Islam Palestin di Semenanjung Gaza pada Jumaat.
Selepas Jabari terkorban dalam serangan itu, ketua Jihad Islam, Ziyad Nakhalah mengancam untuk bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Tel Aviv.
Israel menangkis serangan peluru berpandu dan melancarkan serangan baharu ke atas Semenanjung Gaza.
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan pada Sabtu sekurang-kurangnya 24 orang terkorban manakala 215 lagi cedera akibat operasi Breaking Dawn oleh Israel.
Khaled al-Batsh, ketua biro politik Jihad Islam, memberitahu media pada Sabtu bahawa Jihad Islam tidak mempunyai pilihan lain selain mempertahankan dirinya dan rakyat Palestin daripada ancaman Israel.
Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz, selepas membuat penilaian mengenai situasi semasa di sekitar Semenanjung Gaza, dengan penglibatan ketua-ketua agensi penguatkuasaan undang-undang, mengarahkan tenteranya meneruskan operasi Breaking Dawn pada Sabtu.
Pejabat media IDF memberitahu Sputnik bahawa tentera Israel sedang bersiap sedia untuk melaksanakan operasi Breaking Dawn di Semenanjung Gaza selama seminggu.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo