NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Petrol RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM4.40 seliter daripada RM4.50 sementara RON95 dan diesel kekal tidak berubah bermula esok sehingga 17 Ogos ini. - Gambar hiasan/ETX

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM4.40 seliter daripada RM4.50 sementara RON95 dan diesel kekal tidak berubah bermula esok sehingga 17 Ogos ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, RON95 dan diesel masing-masing akan kekal pada harga RM2.05 seliter dan dan RM2.15 seliter biarpun harga pasaran sebenar kedua-dua bahan api itu telah meningkat melebihi paras harga siling semasa.
Menurut kementerian, harga baharu itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo