NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin Tertinggi UMNO Bertemu PM Di Seri Perdana Malam Ini


Pertemuan lima pemimpin tertinggi UMNO dijangka akan berlangsung malam ini di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut sumber Umno, ia susulan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuan tergempar Ketua Umno bahagian yang berlangsung di ibu pejabat parti itu hari ini.

“Pada pertemuan itu, semua Ketua Umno bahagian ingin mendesak Perdana Menteri supaya segera membubarkan Parlimen bagi memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Oleh itu satu pertemuan pemimpin tertinggi Umno dijangka akan berlangsung di Seri Perdana malam ini,” katanya kepada Malaysiapost.

Bagaimanapun sumber tidak dapat mengesahkan waktu pertemuan itu akan berlangsung.

Terdahulu, Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengesahkan mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Umno bahagian yang diadakan pada hari ini adalah untuk membincangkan persetujuan mengadakan PRU15 dalam masa terdekat.

Jamal berkata, mesyuarat tergempar tersebut adalah untuk mendengar pandangan serta pendapat Ketua-ketua Umno bahagian mengenai persiapan jentera di kawasan masing-masing untuk mengadakan PRU15 dalam masa terdekat.

Majoriti Ketua Umno bahagian yang hadir hari ini setuju supaya PRU15 diadakan segera.

Sementara itu, sumber Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa Ismail Sabri dijadualkan untuk menghadiri majlis makan malam bersama ahli ekonomi.

Katanya, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pertemuan terbabit.- Malaysiapost






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo