NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembahgaian kerusi PN diperingkat akhir, perhalusi isu 'kerusi bertindih'


Kota Bharu: Pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) berjalan dengan baik dan sudah di peringkat akhir pemilihan.

Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya juga sedang memperhalusi isu pertindihan kerusi dan perkara itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Perundingan Kerusi.

Beliau berkata, sekiranya gagal diselesaikan, perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat antara presiden namun memberi jaminan ia akan diselesaikan dalam masa yang singkat.

"Akhirnya jika masih Jawatankuasa Perundingan Kerusi ini gagal membuat keputusan, ia akan dibawa kepada mesyuarat antara presiden.

"Terlalu sedikit yang masih bertindih namun memerlukan kita untuk mengadakan sedikit lagi perbincangan. Ada yang bertindih dalam kerusi negeri dan pusat, dalam masa yang singkat akan selesai," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Ahmad Faizal ditemui di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini selepas menghadiri Himpunan Perikatan Nasional peringkat negeri Kelantan sempena sambutan ulang tahun ke-2 PN.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Dr Radzi Jidin.

Ahmad Faizal berkata, PN sudah bersedia sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat dan yakin dengan kerjasama semua parti komponen yang ada dalam gabungan itu.

"Jika PRU dalam masa terdekat, tiada masalah, kita bersedia. Saya tak nak mengatakan keyakinan seperti orang lain yang terlalu yakin namun saya yakin dengan apa yang kita lakukan dan kita istiqamah dalam kalangan semua parti komponen PN kerana itu yang amat penting dalam kita nak buat kerjasama.

"Dari segi jentera, saya percaya kita sudah bersedia dan bersemangat untuk menghadapi PRU dan kita sentiasa memberi peluang (sama ada) wanita, orang muda, orang dewasa, berpengalaman, profesional, agamawan dan korporat," katanya.

Sumber | HM


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo