NOTIS:

Belum ada lagi....

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi beri kesan positif - Mustapa

0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika ditemui para pengamal media selepas melawat kerja-kerja bagi projek pembinaan Bangunan Gunasama Jabatan Persekutuan di Tunjong hari ini. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dilihat memberi kesan positif terutamanya membabitkan penurunan harga barangan kawalan di pasaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata penubuhan pasukan itu pada Jun lalu ternyata memberi kesan yang baik untuk menangani inflasi khususnya berkaitan penguatkuasaan seperti harga minyak masak dan sebagainya yang kini dilihat ada penurunan.
"Inflasi ini satu masalah yang dihadapi oleh dunia ketika ini. Alhamdulillah, setakat beberapa minggu ini kita dapati keadaan inflasi dunia dilihat reda sedikit dan ia mungkin akan memberi kesan yang baik kepada Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bangunan guna sama Jabatan Persekutuan di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan dekat Tunjung, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapa, yang juga ahli Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, berkata, mesyuarat yang dilakukan sebanyak dua kali seminggu bagi membincangkan pelbagai isu dengan melibatkan pelbagai kementerian bersama pasukan itu menampakkan ia berfungsi dengan baik sekali.
Katanya, segala langkah dan tindakan yang diambil menerusi pasukan berkenaan dapat dilakukan secara lebih berfokus dan diberi perhatian yang khusus berbanding sebelum ini.
"Baru-baru ini juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menyebut bekalan ayam juga telah kembali stabil selain harga yang dijual juga lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram.
"Selain itu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan beberapa rayuan daripada pengusaha ternakan ayam untuk mengeksport semula ke negara Singapura. Bagaimanapun, perkara ini masih belumdiputuskan dan ia akan dipertimbangkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan," katanya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo