NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak

Najib berkata akan terus melawan pertuduhan yang disabitkan meskipun banyak permohonannya ditolak. - Gambar/ Bernama

PUTRAJAYA: Riak wajah Datuk Seri Najib Razak cukup menggambarkan betapa beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, yang menolak permohonan untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan Syarikat SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, permohonannya untuk memasukkan bukti itu mempunyai konflik kepentingan yang tinggi kerana ia akan mendedahkan hubungan antara Mohd Nazlan dengan SRC.
"Saya terkejut, sangat kecewa, bukti itu jelas menunjukkan ia mempunyai nilai yang boleh diterima oleh mahkamah tapi ia tidak berlaku.
"Sedangkan Mohd Nazlan mempunyai pengetahuan peribadi yang luas tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan SRC," katanya ketika sidang media di lobi Istana Kehakiman.

"Sedangkan Mohd Nazlan mempunyai pengetahuan peribadi yang luas tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan SRC," katanya ketika sidang media di lobi Istana Kehakiman.


Untuk rekod, Mohd Nazlan merupakan hakim yang menjatuhi hukuman terhadap Najib atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC, pada 28 Julai 2020 lalu.
Namun Najib menyatakan akan terus melawan pertuduhan yang disabitkan meski pun banyak permohonannya ditolak oleh lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Sementara itu, peguam, Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama Najib menyatakan perasaan sama dengan rakan kongsi firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST), Datuk Mohd Zaid Ibrahim.
Hisyam berkata, pasukan pembelaan yang mewakili Najib, hilang kata-kata kerana terkejut dengan keputusan tersebut.
Walaupun pasukannya sudah mengemukakan asas-asas yang kukuh, malangnya beliau berkata, permohonan penangguhan tidak diberi perhatian.
Sementara itu, Mohd Zaid pula menaruh simpati terhadap Ahli Parlimen Pekan dan keluarganya itu.
"Kadang-kadang anda boleh mendapatkannya di sini, (atau) anda boleh mendapatkannya di tempat lain," katanya.
Semasa prosiding, mahkamah menolak dua permohonan Najib selaku pemohon iaitu memasukkan bukti tambahan antaranya berkaitan Mohd Nazlan dan menangguhkan rayuan akhir kes itu.
Tengku Maimun berkata, keputusan sebulat suara memutuskan bahawa bukti tambahan yang dimohon adalah tidak relevan dengan prosiding rayuan ini.
Berhubung penangguhan prosiding, hakim itu berkata, pemohon tidak boleh buat pusingan U dan menyatakan peguam baharu yang dilantik tidak bersedia untuk meneruskan pendengaran rayuan.
"Semua pihak tahu bahawa tarikh prosiding telah ditetapkan lebih awal tetapi pemohon tetap memilih untuk memberhentikan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan firma guaman Tetuan Shafee & Co.
"Pemohon kemudiannya melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners dan barisan peguam lain antaranya Hisyam Teh Poh Teik," katanya. - Sinar Harian





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo