NOTIS:

Belum ada lagi....

Kes SRC: Keputusan ini bukan pengakhiran bagi perjuangan - Muhyiddin

0

Kata Muhyiddin, masih terdapat pendakwaan kes membabitkan kes 1MDB dan kes-kes berprofil tinggi lain yang masih belum selesai. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan kes penyelewengan dana bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai perjuangan yang belum berakhir.
Katanya, ini kerana masih terdapat pendakwaan kes membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes-kes berprofil tinggi lain yang masih belum selesai.
"Kebebasan sistem kehakiman inilah yang saya pertahankan ketika saya menjadi Perdana Menteri. Walaupun ada desakan politik supaya saya campur tangan dalam kes tertentu, saya tegas menolaknya walau akhirnya saya terpaksa meletak jawatan kerana mempertahankan prinsip ini.
"Saya ingin mengingatkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini bukanlah pengakhiran sebuah perjuangan. Pendakwaan dalam kes 1MDB yang melibatkan penyelewangan dana berjumlah RM2.6 billion masih belum selesai.
"Begitu juga kes rasuah yang melibatkan Pengerusi Barisan Nasional masih dalam proses perbicaraan di mahkamah, selain kes-kes berprofil tinggi yang lain," tulisnya dalam kemas kini di Facebook.
Tambah bekas perdana menteri kelapan itu, walaupun beliau dihukum dengan pemecatan dari kerajaan dan parti pada ketika itu, beliau teguh berpegang dengan prinsip menegakkan yang hak.
"Saya berharap, kebebasan badan kehakiman di negara kita terus dilindungi tanpa ada cubaan campur tangan atau desakan politik dari mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegak.
"Tanpa badan kehakiman yang bebas, sistem demokrasi di negara kita akan gagal untuk berfungsi dan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersifat autoritarian, rasuah dan bankrap moral," ujarnya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas Najib berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, Mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo