NOTIS:

Belum ada lagi....

Kerajaan beri tumpuan dua projek 'sakit' di Kelantan - Mustapa

0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) melihat kerja-kerja bagi projek pembinaan Bangunan Gunasama Jabatan Persekutuan di Tunjong hari ini. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap dua projek 'sakit' yang merupakan antara projek utama di Kelantan dengan memberi lanjutan tempoh masa pelaksanaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata dua projek sakit berkenaan adalah Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai membabitkan Pakej 2B (dari Ketereh ke Kok Lanas) dan projek menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa.

"Projek lebuh raya berkenaan masih 'sakit' termasuk mengalami kelewatan daripada tempoh pelaksanaan asal yang telah melebihi 300 hari dan kerajaan sedang mengkaji penyelesaian yang dapat dilakukan untuk menggerakkan semula projek ini memandangkan ia berdepan dengan beberapa isu termasuk isu kontraktor.

"Bagi projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP pula, walaupun sebelum ini mengalami kelewatan sebanyak 104 hari tetapi ketika ini ia telah mengikut jadual kerana kerajaan telah meluluskan tambahan masa pelaksanaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bangunan guna sama Jabatan Persekutuan di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan dekat Tunjung, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata mengikut perancangan awal projek menaik taraf LTSIP berkenaan dijangka siap pada 5 April 2024 namun selepas mengalami kelewatan ia dijangka siap pada September 2024.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mustapa berkata setakat 7 Ogos lalu, sebanyak 395 projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) telah diluluskan di negeri Kelantan membabitkan 74 projek baharu dan 321 projek sambungan.
"Bagi tahun 2022, sebanyak RM2.39 bilion telah diperuntukan untuk pelaksanaan projek RMK12 di Kelantan dan setakat ini RM972.1 juta atau 40.7 peratus telah dibelanjakan pada tahun ini sekali gus menjadikan purata perbelanjaan peringkat nasional adalah 46.2 peratus.
"Bagaimanapun, pemantauan berkaitan status projek pembangunan yang telah diluluskan di seluruh negara akan terus dilakukan dan sebarang isu yang berbangkit akan ditangani oleh kerajaan dengan cepat supaya ia dapat dilaksanakan mengikut jadual," katanya.
Beliau berkata kerajaan akan terus memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan seperti yang telah dijanjikan demi manfaat dan kesejahteraan Keluarga Malaysia keseluruhannya.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo