NOTIS:

Belum ada lagi....

Kenapa pesta arak Oktoberfest penting sangat?

0


KUALA LUMPUR: Penganjuran pesta arak Oktoberfest di Malaysia menimbulkan persoalan tentang apakah kepentingan di sebaliknya, sedangkan ia tidak melambangkan budaya dan nilai Malaysia, langsung tiada kena-mengena dengan masyarakat berbilang kaum negara ini.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa, berkata, Oktoberfest bukan budaya masyarakat Melayu mahupun agama Islam, dan juga bukan budaya kaum Cina dan India di negara ini.

Malah ujar Mohd Zai, budaya minum arak ditegah keras oleh Islam dan juga agama lain kerana kajian menunjukkan ia memudaratkan kepada kesihatan dan boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial.

“Soalnya mengapa penting sangat dengan Oktoberfest?,” tegas beliau kepada HarakahDaily, di sini, hari ini.

Menurut beliau, UMMAH menyokong penuh kenyataan tegas Menteri Agama, Senator Datuk Idris Ahmad dan kerajaan bahawa perayaan sambutan Oktoberfest tidak sepatutnya dibenarkan dianjurkan secara terbuka kepada masyarakat awam di negara ini.

Idris sebelum ini menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati peraturan negara yang memelihara kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan juga nilai budaya masyarakat timur.

Mengulas lanjut, UMMAH telah meneliti kenyataan Ahli Parlimen DAP, Lim Guang Eng dan Ahli Parlimen DAP Raub, Tengku Zulpuri Shah Tengku Puji yang mempersoalkan pendirian Idris berkenaan, yang mana kedua-dua Ahli Parlimen DAP itu senada menyokong agar Oktoberfest ini tidak dihalang atas alasan kebebasan sosial dan perniagaan.

“Tidak semua perayaan luar boleh di ‘import’ masuk ke negara ini secara sewenang-wenangnya. Ia mestilah melihat kepada kesesuaian agama dan budaya masyarakat negara kita.

“Menjaga dan memelihara masyarakat yang harmoni dan sejahtera lebih baik daripada menyokong mempromosikan budaya yang bertentangan dengan agama dan budaya timur rakyat kita,”katanya. 

Beliau berkata, Oktoberfest adalah perayaan yang bermula daripada barat yang mempromosikan minuman bir (arak) secara besar-besaran yang dimulakan di Munich, Jerman.

Justeru katanya, pesta arak antarabangsa berkenaan dilihat amat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi agama Islam. – HARAKAHDAILY






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo