NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Imigresen beri kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Siasatan berhubung insiden di KLIA

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menjawab pertanyaan media semasa mengadakan lawatan pada sesi libat urus Jabatan Imigresen Malaysia Bersama Agensi Pelancongan di KLIA hari ini. - Foto BERNAMA

SEPANG: Jabatan Imigresen akan memberi kerjasama penuh pada Jawatankuasa Siasatan berhubung insiden melibatkan pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
"Saya tidak boleh memberikan komen lanjut kerana jawatankuasa siasatan khas telahpun ditubuhkan dan Imigresen akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa yang telah ditubuhkan," katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus Jabatan Imigresen bersama agensi pelancongan di KLIA di sini hari ini.
Beliau juga enggan mengulas sama ada beliau turut terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai insiden yang mendakwa seorang pegawai tinggi kerajaan telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Imigresen di KLIA pada 3 Ogos lepas.
Susulan itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali semalam mengumumkan mengenai penubuhan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat dakwaan insiden di KLIA itu yang dipengerusikan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki. - BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo