NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rusia haramkan kriptowang sebagai medium pembayaran


Presiden Rusia, Vladimir Putin kini telah meluluskan undang-undang baharu dinegara tersebut, yang akan mengharamkan penggunaan aset digital sebagai medium atau kaedah pembayaran di Rusia.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengharamkan penggunaan kriptowang dan juga NFT sebagai salah satu bentuk pembayaran dalam negara tersebut.

Sebelum ini, Bank Negara Rusia telah meminta untuk pengharaman kriptowang pada bulan Januari lepas, dan ketika itu ia menerima pelbagai reaksi berbeza daripada rakyat dan kementerian di sana.

Dengan kelulusan perundangan baharu ini, ia sekaligus memberikan pegangan berkaitan apakah pendirian Rusia dalam arena kriptowang ini. Perundangan baharu ini akan mengambil masa sekitar 10 hari sebelum diaktifkan sepenuhnya.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo