NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengeluar 'liat' turunkan harga, kerajaan tetapkan harga maksimum minyak masak botol - Annuar

Annuar berkata, pengeluar minyak masak berbotol masih liat untuk menurunkan harga, biarpun harga minyak sawit telah turun. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Penjualan minyak masak botol akan ditetapkan mengikut harga maksimum, tertakluk kepada perincian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kata Tan Sri Annuar Musa.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu berkata, keputusan itu diambil memandangkan pengeluar minyak masak berbotol masih liat untuk menurunkan harga, biarpun harga minyak sawit telah turun.
Katanya lagi, alasan penjual bahawa mereka perlu mengekalkan stok pada harga tinggi kerana ia dibeli sebelum harga minyak sawit turun tidak boleh diterima sama sekali.
"Jawatankuasa telah membuat keputusan, di mana kerajaan akan mewartakan harga minyak masak botol mengikut kaedah undang undang sedia ada, dengan penentuan harga maksimum bagi minyak masak dalam botol.
“Dan ini akan dibuat dengan perincian tertentu oleh KPDNHEP, dan menetapkan tarikh bila ia akan diwartakan. Dan setelah diwartakan, minyak masak dalam botol akan mempunyai harga maksimum yang akan ditentukan dari semasa ke semasa, berdasarkan harga pasaran minyak masak dunia,” katanya lagi.
Annuar berkata demikian kepada sidang media, selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Khas Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, jawatankuasa berpendapat kenaikan dan penurunan harga minyak masak tidak bersubsidi tidak boleh dibuat dengan terlalu berasaskan untuk mengekalkan margin keuntungan tinggi.
“Kalau sewaktu harga minyak rendah, dijual dengan harga mahal, sudah tentu ada keuntungan di situ, dan apabila harga minyak masak dunia turun, sepatutnya turun segera.
“Kerana tak berlaku, undang-undang sedia ada bolehkan KPDNHEP mewartakan barangan keperluan tertentu dengan kaedah penentuan harga maksimum,” katanya lagi.
Oleh kerana permintaan kerajaan dua minggu lepas untuk pengeluar menurunkan harga tidak dilayan, Annuar berkata, undang-undang sedia ada membolehkan pewartaan itu dilakukan.
Katanya lagi, jawatankuasa menjangkakan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh seminggu lagi.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo