NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan henti eksport minyak masak polibeg serta-merta - Annuar

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu perlu kerana ia menimbulkan kekeliruan terhadap penguat kuasa, yang cuba menghentikan penyeludupan minyak masak bersubsidi. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghentikan eksport minyak masak dalam bentuk polibeg, termasuk juga oleh syarikat-syarikat yang berlesen secara serta-merta, kata Pengerusi Pasukan Jihad Khas Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.
Berdasarkan siasatan penguatkuasa sebelum ini, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, ada minyak masak yang dijual di negara jiran, bukanlah minyak masak bersubsidi, tetapi daripada syarikat yang mendapat kebenaran untuk membungkusnya dalam bentuk polibeg.
Susulan itu, Annuar berkata, langkah itu perlu kerana ia menimbulkan kekeliruan terhadap penguat kuasa, yang cuba menghentikan penyeludupan minyak masak bersubsidi.
"Bila ada pengeksport buat minyak masak dalam bentuk hampir serupa (polibeg), ia telah menimbulkan masalah kepada penguatkuasa. Maka tidak dibenarkan lagi sebarang eksport minyak masak dalam bentuk polibeg, ia mesti dieksport dalam bentuk lain.
“Dan untuk murnikan perkara ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berunding dengan pihak terbabit, terutama sekali yang mengeluarkan lesen eksport minyak masak dalam bentuk polibeg," katanya Menteri Komunikasi dan Multimedia itu lagi.
Annuar berkata demikian kepada sidang media, selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Khas Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen, pada Isnin.

Sumber | AstroAwani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo