NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Beri subsidi untuk raih populariti, itu bukan subsidi tapi rasuah' - Tun Mahathir

Dr Mahathir berkata, tindakan memberi subsidi tanpa sebab kecuali untuk menjadi popular dan memenangi pilihan raya adalah salah. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sekiranya subsidi diberikan kepada rakyat bagi meraih populariti untuk menang pilihan raya, ia adalah rasuah dan jenayah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, kerajaan boleh memberikan subsidi atau bantuan kewangan terutama ketika tiada cara lain boleh dibuat demi membantu dan menyokong rakyat.
“Ada benda yang kerajaan boleh buat tapi orang lain tak boleh buat. Sebagai contoh, kerajaan boleh beri subsidi untuk mengawal harga barangan yang naik disebabkan pandemik, itu dibenarkan.
“Tetapi apabila anda memberi subsidi tanpa sebab kecuali untuk anda menjadi popular dan memenangi pilihan raya, itu salah.
“Apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan pada masa ini, parti politik menggunakan wang untuk merasuah orang dan menyebutnya sebagai subsidi.
“Itu bukan subsidi, itu satu jenayah. Anda perlu membezakan antara subsidi untuk kes yang sangat memerlukan tetapi jika anda ingin menjadi popular dan memberi wang kepada orang, itu rasuah dan jenayah. Anda perlu membezakan antara kedua-dua ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung langkah kerajaan memberi subsidi kepada rakyat semasa pertemuan bersama pelajar Malaysia di Korea Selatan, yang disiarkan secara dalam talian, pada Selasa.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan berpeluk tubuh dan berdiam diri dalam menangani isu kenaikan harga barang serta kos sara hidup rakyat.
Menurutnya, langkah jangka pendek, sederhana dan panjang telah dilaksanakan bagi mengurangkan beban rakyat, sekali gus mengatasi masalah rantaian bekalan makanan.
Langkah tersebut, jelas Ismail Sabri termasuk menyalurkan subsidi sehingga RM700 juta bagi menstabilkan harga makanan termasuk ayam.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo