NOTIS:

Belum ada lagi....

Agenda 'New Malaysia' di media sosial undang provokasi kaum dan agama

0

Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Zamri Yahya, bercakap mengenai “Landskap Keselamatan Negara: Mendepani Cabaran Semasa & Akan Datang” pada Persidangan Keselamatan Negara 2022, di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Serangan pihak tidak bertanggungjawab dalam menyuntik agenda baharu iaitu "New Malaysia", yang mampu mencetuskan konflik terbuka antara kaum melalui penggunaan media sosial, semakin membimbangkan.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Zamri Yahya, berkata trend semasa penyalahgunaan media sosial semakin membimbangkan iaitu bagi penyebaran berita palsu, salah faham dan untuk mencapai pemutarbalikan kebenaran.

"Penyalahgunaan ini akan menyemai pemikiran baharu kepada orang ramai untuk menolak sistem sedia ada.

"Orang ramai semakin keliru dan jadi tidak menentu kerana maklumat diselewengkan, sekali gus timbulkan kegusaran dan mengancam keharmonian negara," katanya. 

Zamri berkata demikian ketika menjadi panel jemputan bertajuk "Landskap Keselamatan Negara: Mendepani Cabaran Semasa & Akan Datang" pada Persidangan Keselamatan Negara 2022, di sini, hari ini.

Beliau berkata, serangan sedemikian amat berbahaya kerana boleh mengundang provokasi perkauman, keagamaan jika tidak dikawal.

"Misalnya insiden di Puchong, baru-baru ini, yang mana seorang individu dibelasah orang ramai susulan kenyataan dibuatnya yang menghina Nabi Muhammad SAW," katanya.

Pada Ahad lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang disyaki menghina agama Islam di media sosial, di sebuah rumah di Puchong, dekat sini. – BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo