NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UKM kini dalam kelompok sembilan peratus universiti terbaik dunia

UKM kini berada dalam kelompok sembilan peratus universiti terbaik dunia selepas naik 15 anak tangga untuk berada di kedudukan 129 dunia berdasarkan penarafan dikeluarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rangkings 2023.

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini berada dalam kelompok sembilan peratus universiti terbaik dunia selepas naik 15 anak tangga untuk berada di kedudukan 129 dunia berdasarkan penarafan dikeluarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rangkings 2023.
Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata kerja keras ditunjukkan seluruh warga UKM yang memahami citra universiti watan itu telah membawa naratif berbeza kejayaan UKM dalam penarafan QS WUR 2023.
"Apa yang penting bukan ranking dan rating tetapi manifestasi daripada kejayaan UKM untuk terus melonjak ke aras lebih tinggi dan diiktiraf penilaian antarabangsa," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan UKM hari ini.
Kejayaan itu meletakkan UKM di kedudukan ketiga terbaik di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.
Sejak tahun 2014, UKM melonjak 140 anak tangga dan meningkatkan kedudukannya sebanyak tujuh kali sepanjang 10 tahun penilaian dibuat.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo