NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada kebenaran untuk aktiviti skuter elektronik di Dataran Merdeka


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini mengingatkan pengguna supaya tidak menggunakan skuter elektrik di atas jalan awam, kecuali di kawasan yang telah diwartakan.

Selari dengannya, hari ini DBKL telah menyita skuter elektrik yang diletakkan di Dataran Merdeka. DBKL mengatakan Dataran Merdeka merupakan jalan awam yang tidak diwartakan untuk aktiviti skuter elektrik.

Kerajaan juga sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya tiada aktiviti melibatkan skuter elektrik di jalan awam, dan hanya dibenarkan di kawasan yang telah diwartakan.

DBKL mengatakan tiada kebenaran dikeluarkan untuk aktiviti skuter elektrik di Dataran Merdeka.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi pelbagai arahan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo