NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teknologi NASA, Toyota bangunkan sistem elak anak ditinggalkan dalam kereta


Kita sekarang di musim panas yang membuatkan muka seperti ingin hancur melelah dan ketiak menjadi kolam jika pendingin hawa tidak dibuka. Risiko berlaku kematian kerana anak tertinggal dalam kereta juga meningkat dalam situasi begini. Di Malaysia tragedi ini berulang tahun demi tahun kerana masih tiada sistem terbina untuk mengelakkan ia dari berlaku dikomersialkan.

Toyota telah memperlihatkan konsep sistem yang mengesan kehadiran semua penumpang kenderaan secara terperinci dengan bantuan teknologi yang dibangunkan oleh NASA. Sistem Cabin Awarenessmenggunakan teknologi radar gelombang mikro yang dibangunkan oleh NASA Jet Propulsion Laboratory untuk mencari mangsa gempa bumi yang terperangkap di Nepal.


Radar yang diletakkan pada bumbung kabin kenderaan boleh mengesan objek secara empat dimensi dan mengesan pergerakan kecil seperti penumpang yang sedang bernafas. Dengan ini ia dapat membezakan objek yang diletakkan di atas kerusi dengan manusia atau haiwan peliharaan yang sedang tidur.

Apabila pemandu dikesan keluar dari kenderaan dengan penumpang masih di belakang, amaran akan diberikan kepada telefon pintar secara automatik bagi mengelakkan tragedi berlaku. Cabin Awareness masih lagi sekadar konsep tetapi ia akan diuji pada sebuah Toyota Sienna.


Sumber | Amanz 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo