NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selesaikan isu rakyat dulu berbanding desak adakan PRU-15

Ahmad Amzad (kiri) melihat beca elektrik selepas merasmikan pelancaran e-Beca di Dataran Shah Bandar. - Foto Baharom Bakar.

KUALA TERENGGANU: Tangani isu dihadapi rakyat yang terkesan teruk susulan krisis keselamatan makanan lebih utama, berbanding desakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, semua pemimpin politik disaran untuk bersama kerajaan mencari kaedah ke arah penyelesaian masalah sedang dihadapi rakyat bagi menjamin kestabilan negara.

"Dalam keadaan rakyat sedang dilanda kegelisahan berikutan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan, tiada parti politik yang boleh mendakwa akan mencapai kemenangan besar jika PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat.

"Kemenangan terbesar adalah apabila kebajikan rakyat terbela dan bukan soal parti yang menang, jika kita mampu selesaikan masalah yang membelenggu rakyat, kita akan menang bersama," katanya kepada media selepas melancarkan inovasi beca elektrik (e-BECA) di Dataran Shah Bandar, di sini, semalam.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo