NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pogba bakal tinggalkan United hujung bulan ini


MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba akan meninggalkan kelab itu sebaik saja kontraknya berakhir hujung bulan ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 29 tahun itu menyertai semula skuad The Red Devils dari Juventus pada 2016, namun gagal memenuhi harapan dan janjinya selepas bergelut untuk mengekalkan konsistensi sepanjang berada di Old Trafford.

"Kelab ingin mengumumkan Paul Pogba akan meninggalkan Manchester United pada penghujung Jun sebaik saja kontraknya berakhir," kata kelab berkenaan menerusi satu kenyataan.

"Pemain Perancis ini sudah menikmati hubungan yang panjang dengan United, sejak menyertai akademi kelab daripada Le Havre pada usia 16 tahun,".

- REUTERS





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo