NOTIS:

Belum ada lagi....

Paras air sungai di 4 negeri cecah paras amaran, bahaya

0

Setakat jam 7 malam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan terdapat peningkatan paras air melibatkan sungai di empat negeri iaitu Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. - Gambar fail/FB/Amrul Azmi Mizan

KUALA LUMPUR : Sungai di empat negeri mencatatkan trend peningkatan dari segi paras bacaan air selepas hujan lebat melanda sejak petang Sabtu.
Berdasarkan laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada Sabtu, sungai yang terlibat termasuk Sungai Terengganu dengan bacaan 145.37 meter (m) iaitu melebihi paras bahaya.
Manakala, setakat kemas kini pada jam 7 malam tadi, tiga lagi sungai iaitu masing-masing di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka merekodkan paras bacaan amaran.
JPS menambah, paras air di stesen Sungai Kuang di Kampung Melayu Seri Kundang, Gombak memperlihatkan bacaan air pada tahan 23.62m.
Sungai Muar pula dengan bacaan 62.94m dan Kuala Pilah dengan 1.76m di Sungai Melaka.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo