NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

i-Perantau Satu Penghargaan Buat Rakyat Luar Terengganu


PASIR GUDANG, 30 Mei – Bantuan ‘one-off’ kepada rakyat Terengganu yang berada di perantauan, i-Perantau menjadi bukti keprihatinan kerajaan negeri buat semua rakyat tanpa meminggirkan mana-mana kelompok.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan negeri, Hanafiah Mat berkata agihan bantuan tersebut merupakan keputusan pimpinan kerajaan negeri  melalui Menteri Besar yang pertama kali diluluskan dalam sejarah.

“Bantuan ini bukti penghargaan daripada kerajaan, diberikan kepada perantau yang turut memberi undi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sehingga mampu memerintah kerajaan.

“Sebahagian besar manifesto turut datang daripada idea para perantau dan sehingga kini kita (kerajaan negeri) telah laksanakan 18 daripada 20 manifesto yang ditawarkan,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Penyerahan i-Perantau Negeri Johor dan Sambutan Hari Raya di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang di sini kelmarin.

Hanafiah turut berkata, peruntukan bantuan i-Perantau dicetuskan oleh rakyat di perantauan apabila kerajaan mengumumkan bantuan dana i-Fitri berjumlah RM58 juta buat rakyat di Sidang Dewan Undangan Negri (DUN) baru-baru ini.

Penyerahan i-Perantau yang seterusnya akan dilaksanakan bagi zon utara selepas dibuat di zon tengah, pantai timur serta selatan.

“Walaupun kemeriahan Syawal telah tamat bagi penyerahan yang seterusnya, namun jalinan ukhuwah antara rakyat Terengganu di perantauan akan kita wujudkan,” ujarnya.  

Majlis tersebut melibatkan 200 penerima i-Perantau dan turut dihadiri 1,500 anak perantauan Johor dalam Sambutan Hari Raya Perantau Johor.


Sumber | TRDI






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo