NOTIS:

Belum ada lagi....

Cara Nak Buka Stesen Minyak, Ini Prosedur & Syarat Ramai Tak Tahu

0


Salah satu perniagaan yang libatkan ‘modal’ besar ialah bahan bakar kenderaan. Mungkin kita pernah terfikir, macam manakah sebenarnya cara nak buka stesen minyak?

Pembukaan sesebuah stesen minyak perlu melalui beberapa prosedur terlebih dahulu sebelum ia diluluskan untuk beroperasi kepada pengguna di jalan raya.

Jika dilihat secara kasar, perniagaan bahan bakar sebegini dipercayai mendatangkan hasil yang lumayan, lagi-lagi jika ia terletak di kawasan berkepadatan tinggi kerana ramai pengguna.

Kita sedia maklum, jika mahu membuka sebuah stesen minyak, kita memerlukan kos yang agak tinggi. Sehubungan itu, terdapat pelbagai prosedur dan kriteria yang telah ditetapkan untuk menjalankan operasinya.

Jadi, bagi sesiapa yang bercita-cita untuk membuka sebuah stesen minyak di bawah pemilikan sendiri, anda perlu mengetahui perkara ini terlebih dahulu sebelum memulakan langkah anda.

Untuk itu, mari kita ikuti satu perkongsian ilmu dan pengalaman penuh bermanfaat oleh seorang individu yang pernah berkhidmat di salah sebuah syarikat pengeluar minyak, ZaYed Zulkifli di laman Facebook miliknya.

Cara nak buka & operasi stesen minyak 

Gambar: Zayed Zulkifli

Kepada yang bercita-cita nak buka stesen minyak, aku nak share sedikit maklumat yang aku ada lah.

Operasi stesen minyak ni ada dua jenis iaitu Company Own Dealer Operate (CODO) dan Dealer own dealer operate (DODO).

CODO membawa maksud site stesen minyak dimiliki oleh syarikat pengendali minyak samada PETRONAS, SHELL, PETRON, CALTEX, BHP. Dari segi set up stesen minyak semua dah dibuat oleh syarikat minyak.

Semua harga minyak di stesen minyak adalah regulated, ditentukan oleh kerajaan. Turun naik semua ditentukan oleh kerajaan. Jadi, margin keuntungan lah yang menetapkan margin keuntungan jualan minyak.

Syarat untuk apply CODO (bergantung kepada syarikat pengendali) kena ada bank guarantee atau capital (cash) sekurang-kuranya RM150,000 ke atas dan working capital sekurang-kurangnya RM350,000 ke atas. 

DODO pulak mempunyai maksud site stesen minyak dimiliki oleh dealer. Kalau orang yang berminat nak bukak stesen minyak, dia ada tanah yang luas, kawasan yang strategik, dia boleh memohon kepada syarikat berkenaan untuk membuka stesen minyak di situ.

Pendapatan perniagaan

Pendapatan secara am bila buka stesen minyak ini, datang dari beberapa sumber seperti jualan petrol & diesel; jualan runcit seperti Mesra, Select, Deli2go; jualan produk berkaitan minyak seperti lubricant; produk-produk dan servis berkaitan barangan SME lain seperti kerepek, nasi lemak; serta sewa tapak (real estate).

Dari segi income DODO, kalau ada tanah luas, kawasan yang strategik, laluan trafik yang sibuk, bolehlah menyediakan tapak untuk venturing partner untuk bukak business seperti francais KFC, Burger king, Starbucks, car wash, bengkel kereta dan sebagainya.

So, adalah business sewa kat sini. Kalau CODO, company la dapat income sewa dari penyewa. Mostly, CODO ni di bandar-bandar besar especially Lembah Klang lah.

Sudah tentu kos setup untuk DODO lebih tinggi berbanding CODO, DODO kena ada banyak modal berbanding CODO yang sebahagian capital expenditure sudah dikeluarkan oleh syarikat.

Bukan suka-suka cara boleh beroperasi, ada garis panduan kena ikut

Operasi stesen minyak bukan boleh suka-suka cara nak operasi, ia mestilah mematuhi guidelines yang ditetapkan oleh syarikat pengendali samada dari sudut keselamatan, susun atur barangan, surau, tandas, daily KPI dashboard, cara berkomunikasi dan sebagainya.

Barang-barang dalam stesen minyak bukanlah boleh sesuka hati disusun. Contohnya, bahagian air, gula-gula roti etc, ada seksyen atau tempat diletak. Ada reason kenapa ada susun atur barang yang kemas dan lokasi tertentu.

Ia bertujuan untuk menggalakan orang membeli secara tidak sedar (impulsive buying). Asal masuk nak stesen minyak nak beli air mineral, bila masuk kedai keluar beli segala mak nenek. Niat nak spend RM10, terbelanja RM1000. Itu ada teknik psikologi sikit lah.

Pengendali syarikat minyak ini akan datang buat visit tengok dealer buat tak, atau patuh ke tidak kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Tak cukup dengan itu, syarikat juga akan mengupah mystery shopper yang dealer pun tak tahu, datang untuk berurusan semua benda. Pembeli misteri ini akan buat observation dan akan melaporkanlah.

Lagi satu, kerana RON95 adalah bersubsidi, maka dealer kena tanggung dulu subsidi. Kemudian, baru diaorang buat tuntutan subsidi kepada kerajaan (kalau tak silap aku lah, tak tahulah keadaan sekarang macam mana).

So, yang bercita-cita nak ada stesen minyak, bukan semata-mata kau bagi duit ala-ala silent investor, pastu suruh orang run. It doesnt work that way. Kau sendiri heavily active menguruskan syarikat minyak.

Jadi ada prasyarat dia lah untuk mengendalikan stesen minyak ini. At least ada degree, kena ada management skills, nak uruskan pekerja lagi. Jadi, adalah training nak kena attend

PETRONAS setakat ini, membekukan permohonan menjadi dealer. Kalau dah bukak, tak sure.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menetapkan satu garis panduan bagi mana-mana pihak yang mahu membuka operasi stesen minyak.

Antara elemen yang terkandung dalam garis panduan tersebut termasuklah jumlah modal, hak pemilikan, kelulusan, syarat-syarat kebenaran dan segalanya yang berkaitan.

Garis panduan lengkap tersebut boleh dirujuk melalui pautan yang disertakan di SINI.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo