NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas MB Terengganu tanpa malu lakukan gurauan seksual, laporan polis pantas diambil exco

TANGKAP layar video yang memaparkan kemaluan Hanafiah Mat (kiri) dipegang Ahmad Said (kanan) yang tular dalam media sosial.

KEMAMAN: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat membuat laporan polis susulan penyebaran video yang didakwanya gangguan seksual oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said terhadap dirinya.

Hanafiah berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Chukai di sini, kira-kira pukul 11.42 malam tadi.

Katanya, tindakan tersebut diambil susulan perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan video kemaluannya dipegang Ahmad selepas program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Nerus, Sabtu lalu.

“Saya menyedari mengenai video Ahmad memegang kemaluan saya itu selepas ia tular dalam Facebook dan aplikasi WhatsApp.

“Penyebaran video itu bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya kerana diambil tanpa pengetahuan saya,” katanya hari ini.

Video berdurasi empat saat itu tular dalam media sosial sejak malam tadi hingga mengundang pelbagai reaksi negatif warganet.

Dalam video itu, perakam turut dikesan beberapa kali menyebut ‘cekor’ atau ramas sebelum Ahmad bertindak memegang kemaluan Hanafiah. 

Hanafiah berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap penyebar video itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo