NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syawal 2022: Afghanistan, Mali, Niger sambut hari pertama Syawal pada 1 Mei

Tiga negara di Asia dan Afrika menyambut hari pertama Aidilfitri hari ini (1 Mei) manakala sebahagian besar dunia Arab dan Islam secara rasmi mengisytiharkan 2 Mei sebagai hari pertama Syawal.

Mahkamah tertinggi Afghanistan pada hari Sabtu mengumumkan bahawa bulan Syawal dilihat di pelbagai wilayah di negara itu, justeru Aidilfitri akan disambut pada 1 Mei.

Pemangku Jurucakap Kerajaan Zabihullah Mujahid melalui tweeter lewat malam tadi telah mengesahkan pengumuman tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung menyatakan bahawa 27 orang di wilayah Farah, Ghazni, Kandahar dan Ghor telah melihat hilal dan mengemukakan bukti kepada jawatankuasa itu.

Di Afrika, Mali dan Niger juga telah mengisytiharkan 1 Mei sebagai hari pertama Syawal.

Manakala UAE, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Kuwait dan Yaman antara negara Islam lain akan menyambut hari raya pertama pada hari Isnin.

Sumber | khaleejtimes

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo