NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rekaan kapal terbang kertas Malaysia catat rekod paling jauh


Terdapat pelbagai rekod dunia yang dicatatkan setiap minggu, dan terbaru, tiga sekawan berjaya memecahkan rekod dunia untuk kapal terbang kertas yang dibaling untuk terbang paling jauh dicatatkan.

Rekod ini dicatatkan oleh Kim Kyu Tae(Korea Selatan), bersama sokongan Shin Moo Joon (Korea Selatan) dan Chee Yie Jian (Malaysia). Shin bertugas untuk melipat kapal terbang kertas berkenaan, dengan Kim membalingnya, dan ia direkabentuk oleh Chee.

Menariknya, Chee dari Malaysia pernah cuba untuk pecahkan rekod sebelum ini pada 2019 lepas, tetapi mencatatkan jarak kurang 20 kaki daripada rekod dunia. Namun, selepas itu disebabkan komitmen pembelajaran dan kerja, beliau tidak dapat meneruskan sasaran berkenaan.

Sehinggalah beliau berkenalan dengan Shin yang mengenali rekaan beliau, dan diperkenalkan dengan Kim untuk pecahkan rekod.

Melalui rekod terbaru ini, balingan kapal kertas terbang mencatatkan jarak sejauh 77.134 meter. Sebanyak 8 balingan dilakukan dalam mencatatkan rekod dunia ini.

Sebelum ini, kali terakhir rekod dunia dicatatkan dalam kategori sama adalah pada 2012 lepas, dengan jarak 69.14 meter.

Dengan kejayaan baharu ini, tiga sekawan ini kini menyasarkan untuk memecahkan rekod sekali lagi dengan jarak melangkaui 80 meter. Disamping itu, mereka juga ingin mencuba untuk memecahkan rekod dunia kapal terbang kertas yang terbang paling lama.


Sumber | Amanz





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo