NOTIS:

Belum ada lagi....

'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM

0

Ismail Sabri berkata, sistem pencukaian GST dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.
Selain itu, katanya lagi, sistem pencukaian tersebut dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.
“Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tiada negara dalam dunia ini yang kembali dari GST kepada SST, melainkan Malaysia,” katanya lagi.
Ismail Sabri dilaporkan sebagai berkata, beliau sedar tentang persepsi negatif mengenai GST, tetapi kerajaan sudah tidak mempunyai banyak pilihan ketika ini.
Beliau berkata, dalam usaha mengembalikan GST, kerajaan akan mencari jalan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran tentang sudut positif GST serta sistem pengutipan cukai yang lebih telus.
Katanya lagi, kerajaan juga akan memastikan kadar GST yang akan diperkenalkan semula, tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.
Selain itu Ismail Sabri berkata, kerajaan ketika ini juga sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi dengan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah dan menengah.
“Sebuah pelan komprehensif akan dibawa ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya lagi.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo